Buatlah Puisi tentang Abu Dzar Al Ghifari
B. Arab
Aulianurazizahsabiya
Pertanyaan
Buatlah Puisi tentang Abu Dzar Al Ghifari
1 Jawaban
-
1. Jawaban ncapika
Tuhanku
bernafas di ruang uji-Mu
tidak pernah aku puas
kecewa dan keluh-kesah
bertali di urat nadi
sedang aku tahu
Muhammad Rasulullah
pemilik sebuah jazirah
menggadai baju besinya
demi segenggam gandum
menebus lapar diri dan keluarga.
Begitu Umar al-Khattab
penguasa tanah Arab
zuhud di gurun pijar
pasir tilam empuknya
daun-daun tamar kelambu suteranya.
Sedang Abu Dzar al-Ghifari
muttabi kesayangan nabi
terbuang di tanah Rabadzah
hanya kerana percaya
afzalnya manusia kerana taqwa
harta itu daki
hidup satu persinggahan.
Titik-titik hujan gugur, membasah ruang hati
aaahh…, betapa kecilnya diri!.